Ramai cat parent yang tak pasti apakah GS-441524 ni, dan ada juga yang dah mengenai sebabnya pernah gunakan. Di sini kita cuba terangkan jugak apakah GS-441524 ni dan apa beza antara lain-lain nama brand ni.
GS441524 ialah ubat anti virus yang fungsi utama dia adalah untuk menghentikan pembiakan virus FIP yang mutasi dari FCoV (apa pula FCoV tu nanti kita bincangkan).
Sebaik sahaja pembiakan dihentikan virus dah tak boleh nak merebak dan membiak lagi dalam badan kucing yang dijangkiti. Bila ini berlaku, akan memberikan peluang kepada kucing untuk memulakan proses penyembuhan tanpa gangguan dari virus untuk melakukan apa-apa kerosakan lagi.
Jadi fungsi utama GS secara amnya adalah untuk menghentikan replication virus dan secara tidak lansung, apa-apa kerosakkan yang virus FIP boleh buat boleh dihentikan, dan badan kucing mula boleh repair dan sembuh tanpa gangguan.
Kesemua GS441524 datang dari China, tak kira apa brand atau nama yang ditampal, cuma perbezaan pada ketulenan dan concentration yang disediakan. Berhati-hati kalau bila diminta, pembekal tidak dapat menyediakan concentration report ni atau report dari lab yang tak pasti usul asalnya, takut apa yang dapat bukan seperti yang dijanjikan.
GS441524 kami sudah menjalani proses concentration test di UM dan resultnya amat memberansangkan!